Saturday, February 19, 2011

Review:cincin pertunangan

 Our symbol of love 
(gambar tu di capture & edited by my self okeh.Sapa nak upah aku,boleh!Hahaha)

Kenapa nak review?Coz  nak share betapa jauhnya aku berjalan mencari 2 perfect ring pada mata kitorang.

1.Emas Sri Pinang (Semua House)

~Jurujual sangat la peramah.Baik laki mahupun pompuan.Boleh amek gambar jika mahu
~Emas 916 hanya untuk cincin belah rotan je.Yang ada ukiran/batu,guna emas 18 carat (75% emas) if tak silap
~Cincin lelaki sangat banyak design,material ialah palladium cuma batunya ialah zirkon,bukan diamond

2.Tomei (Mid valley)

~Jurujual yang laki sangatla mesra
~Penerangan yang amat puas hati
~Masa tu,xde design yang kitorang berkenan,sbb limited design.
~Ada cincin palladium jugak untuk laki

3.Poh Kong (Mid Valley)
~Jurujual laki tu sangatla annoying.Macam la kitorang ni xde duit..muka kerek je
~Teros blah sebab dia buat layan tak layan.Rasanya aku dah pakai ala-ala chomeyl tapi elegan hari tu..
~Design pun lebih kurang sama dengan tempat lain,harga sedikit mahal compare to kedai lain yang kat tingkat atas (beza dalam RM100 jugak)

4.Wah Chan (Mid Valley)
~Dapat jurujual yang bes,Daniel namanya.Melayan karenah kitorang dengan penuh sabar.Ayat yang dia guna pun bes.Fasih bahasa melayu.
~Design sangat menarik dan up to date,dengan harga yang berpatutan.Kebetulan plak hari tu ada 70% discount

5.Habib (Mid valley & Semua House)
~Kebetulan ada 20% discount.Tapi still mahal jugak la bagi kitorang,sebab design untuk bajet kitorang,agak biasa.
~Jurujual pun x ramah sangat.Pandang kitorang macam xda duit je.Hello,kitorang ni mr.engineer vs ms dentist taw!

Tips before beli:

1.Tetapkan bajet supaya bajet x lari jauh.Lagipun,senang,kat kedai diorg akan tanya apa range bajet kita before jurujual tu tunjukkan design yang ada
2.Jangan malu.Buat muka tebal dan masuk dengan bergaya dan konfiden macam korang bawak 1 juta dalam tangan
3.Tanya secara terperinci jenis material yang ada dan jenis batu.Kalo tak,akan ada kes tipah tertipu
4.Kalau ada yang berkenan,tapi nak sevey tempat lain dulu,tulis serial no cincin tu dengan harga sekali
5.Cuba bargain untuk harga yang lebih murah.Boleh bargain,kitorang dah buat...banyak beza taw!
6.Sila pakai flat sandle/snickers/kasut yang selesa semasa 'menyevey' cincin.Kalau tak,mesti korang rasa nak tanggalkan kaki,dan bejalan dengan lutut (tu pun kalau boley la kan..)

p/s:Good luck!Perfect ring will make you happy.Trust me

1 comment: