Monday, October 15, 2012

Kisah benar: Sebelum vs Selepas kahwin

Ini cerite benar. Tak copy dari mana2 pon yea...i gelak besar time dengar opismate bercerita. Opismate tu dah kawen 10 tahun, so sekarang ni dah anak 5, umur lebih kurang 38 tahun.

Sebelum kahwin

Call pakwe (hubby sekarang) : Abang. abg dah makan ke belum...
Pakwe (hubby sekarang) : Belum,abg tunggu syg la...syg tak makan, abg pun x makan...

Selepas kahwin:

Call Hubby :  Abang, abg dah makan ke belum...
Hubby : aih, tepon nak tanya makan ke belum je?baik x payah tepon,membazir  kdit jek...

Mrs wifey, macam mana korang pulak? ^_^



Saturday, October 13, 2012

Rahsia pengurusan kewangan : 6 jars of money

Salam brides to be and mrs wifey,

Have you ever think about your financial management? Saya sentiasa cari jalan terbaik untuk pengurusan kewanganni.Bukan apa, org selalu kata, fail to plan is plan to fail (erk, ye ke mcm ni ayat dia.Haku dah lupe..).Lately, saya sentiasa mencari info tentang money management dan hartanah.Yes, walaupun kita belum kahwin, atau baru je kawen, jangan letak totally financial management tu kat hubby kita.Tawu?

Let's say, kalau ada kesusahan yang tak di jangka macam penceraian atau accident (common but na'uzubillah la kan) , kan ke susah kalau takde backup money.So, here's a guide for financial planning for women (also for men) :

6 jars of money :

  1. Financial Freedom Account (10%) - (untuk investment.No ATM pls)
  2. Long Term Savings and Spending (10%) - (kereta Toyota Sportage baru   etc)
  3. Education (10%) - (kursus masakan, beli e book hartanah , personal developement)
  4. Play (10%) - ( utk manjakan diri lepas penat keje ; Spa, Movie dll )
  5. Give (5% – 10%) - (Sedekah, Zakat dll )
  6. Necessity (50% – 55%) - (perbelanjaan harian)

You HAVE do it every single month without fail!!

Owh itu sangat susah sebab i'm a shophaholic lady!  
Jangan risau ladies, ini adalah penyelesaian terbaik.

Okay-okay.Katakanlah :

Gaji bulanan = RM 2500
Hubby bagi = RM 300
Ketepikan sikit amount untuk 6 jars of money = RM 100
(Namun lebih baik % itu dari jumlah pendapatan bulanan anda)


  1. Financial Freedom Account (RM 10)
  2. Long Term Savings and Spending (RM 10)
  3. Education (RM 10)
  4. Play (RM 10)
  5. Give (RM 5)
  6. Neccessity (RM 55)
Tadaaa! Tak semestinya banyak kan? Tapi, lagi banyak yang kita simpan, lagi bagus untuk masa depan =)

Tuesday, August 28, 2012

Tips rumahtangga 1 : Beli rumah

Saya banyak kali terfikir,alangkah rugi saya tak beli rumah lebih awal.Seperti yang kita sedia maklum, hartanah di Malaysia ni makin meningkat, kecuali berlakunya kegawatan ekonomi atau bubble burst.
Saya mencadangkan agar newly wedd couple kumpul aset, atau buat perancangan untuk beli aset lebih awal.

Saya sendiri baru berkahwin hampir setahun, tapi baru je terfikir untuk beli rumah.Tapi, fikirla dulu tujuan apa beli rumah, samaada untuk duduk sendiri atau bagi sewa.Sebab bajet mungkin berbeza.

Aapa gunanya kalau beli aset dengan negative cashflow, di mana sis semua bagi sewa dengan harga lebih rendah dari bayar kat bank? Melainkan rumah tersebut untuk diduduki sendiri =)

Fikirkanlah..

Wednesday, July 25, 2012

Dekorasi bilik tidur pengantin

Hai sayang-sayang bakal pengantin ni.. masih pening ke nak fikir idea untuk dekorasi bilik tidur korang? Jangan pening.Meh saya share satu idea yang suweet untuk korang buat.Especially untuk yang tak sempat nak keluar cari barang atau jalan-jalan ke Nilai 3 yang jauh nun di sana.Here we go:

1.Korang design atau bagi gambar korang dan hubby.Order 2 bantal dan mintak untuk tulis, Bride/Bridegroom,Wife/Hubby, Bride to be dll.Pilih warna mengikut tema bilik anda.
Korang boleh order kat sini : Make Your Own Gifts Here
 

2.Saya letakkan frame di bahagian corner.Meja kecik sebelah katil dan cermin.It's better to custom made.Nampak sikit kelainan.Of coz unik dan tetamu korang akan tanya, 'sweet!Buat kat mana ni?'
Korang boleh order kat sini : Make Your Own Gifts Here



3.Lepas kawen, nak buat post wedding photography tema cute atau suweett, korang juga boleh tempah baju couple.Alalala suweetnya kalau pakai baju ni.Korang boleh order kat sini : Make Your Own Gifts Here


Just sharing my thoughts, sebab saya pun buat cenggitu juge!

Pengurusan kewangan wanita

Saya rasa wanita perempuan (masih janggal untuk guna perkataan wanita) yang dah berkahwin perlu tahu serba sedikit dalam menguruskan kewangan rumahtangga.Don't let your husband buat sorang-sorang! Sit together and talk nicely abang,bagi ayang la duit abang,duit abang duit saya,duit say,duit saya tetttt...

Apa kata anda bermula dengan Majalah Irfan Khairi? Atau Poor Dad Rich Dad by Robert Kiyosaki? Atau paling basic, Wanita dan Kewangan by Anuar Haniff & Dr Mohd Nizal Haniff?

atau mana-mana buku seperti dibawah.Korang takkan menyesal!

Rancang kewangan sebelum berkahwin

Assalamualaikum..

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa saya menulis tentang rancang kewangan sebelum berkahwin?
Yaaa...kerana saya dah berkahwin dan saya rasa saya tahu apa yang perlu saya perbaiki untuk bajet perkahwinan (tapi saya dah tak boleh baiki,hanya anda yang mampu lakukan!)

Kalau korang tak rancang kewangan atau bajet perkahwinan dengan baik, lepas je kahwin 2-3 bulan, kebanyakannya mengalami masaalah ketidakcukupan wang (tertakhluk kepada gaji bulanan masing-masing ye..).

Bajet perkahwinan saya dulu hampir 30 K,termasuk honeymoon skali.Agak banyak sebenarnya,tapi dulu sebelum kahwin,tak terfikir pun yang itu adalah jumlah yang besar! Sebab semangat nak kahwin lebih tinggi.Lalalala~~

Tips rancang bajet perkahwinan:

1.Kad kahwin - tak perlu mahal, boleh mengikut taste masing-masing, nak kad kahwin cute dan chomel atau simple yet elegan.Survey beberapa kedai, tapi jangan lebih dari bajet anda.Cadangan harga: tidak melebihi RM 1.Mine : 80 sen,tapi urban design dan puas hati.Tempahan from http://www.kad-kadkahwin.com/

2.Doorgift - Bagi sesuatu yang boleh digunakan atau dimakan oleh tetamu.Jangan bagi mug kecik-kecik yang akhirnya akan dibuang oleh mereka.Paling senang, bagi makanan macam kek,muffin dll.Cadangan bajet: RM 2.50 ke bawah.Mine: RM 2 termasuk gift bag (yaasin kecik, makanan ringan )

3.Gift bag untuk letak doorgift - Beli design yang nampak mahal,tapi harga murah.Contoh, beli kaler silver atau gold tanpa design meriah kartun-kartun.Beli dengan harga borong di Nilai 3 atau Ayer Hitam.Mine: 50 sen

4.Bilik - tak perlu tempah dengan wedding planner atau butik.Hias macam bilik macam korang takkan ubah apa-apa lepas kahwin.Korang boleh cat bilik guna 2 warna, ikut warna tema.Paling selamat, kalau tak reti pilih, cat je warna putih.Siyes cun! Ianya jimat sebab barang tu la jugak yang korang akan guna lepas kahwin.No need to remove!Paling senang dan jimat, modern concept bedroom.


Bakal bersambung..keep visiting me kay!

Love,

Ms comey


Friday, May 18, 2012

Char kuey teow versi kering

 Semalam aku jenjalan kat Pasar Malam yang sangat besar sehingga kejakunan aku terserlah.Jalan-jalan ngan hubby,tapi hubby kata kejap-kejap ilang,jakun tengok makanan yang banyak melampau batas.Toleh kanan nampak nasi air,toleh kiri nampak steamboat,pandang depan nampak nasi lemak ada kangkung,pandang belakang? erk,jangan pandang belakang..nampak hubby dengan muka penat mengekor aku..Mahap ye encik..

Char kuey teow pun nak jugak,kentang spring goreng blackpepper pun nak.Semua nakkk! At last,supaya perut aku sama adil,ko nak semua kan wahai perut? So aku beli barang-barang buat char kuey teow kering.Yang aku toleh kiri kanan depan semua telah dirembat.

 Pagi tadi google the recipe,and here's what i found at norzailina's blog:
(tapi dh ubahsuai ikut selera aku)



CHAR KUEY TEOW (versi kering)

4 sudu makan minyak/secukupnya untuk menumis
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 ulas bawang merah-dihiris nipis
1½ sudu makan pes cili
500 gm kuey teow
semangkuk kecil kerang - direbus & kupas
6 tangkai daun kucai, dihiris 2 cm
segenggam taugeh - dibuang ekor
1 biji telur
5-6 biji fishball
1 potong fishcake
Garam secukup rasa

Bahan Sos  (campur):

3 sudu besar sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
4 sudu makan air
1 sudu makan sos ikan/sotong

Cara-cara:

1.     1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum.Masukkan pes cili, kacau sebentar. Bubuh bahan sos, kacau.

3.      2.Bila mendidih, bubuh kuey teow, kerang, kucai dan taugeh. Balik-balikkan.
4.      3. Kaup semua bahan ke tepi kuali, pecahkan telur di tengahnya. 
5.      4. Kacau semuanya sekali cepat-cepat kemudian angkat.

Tuesday, May 15, 2012

Apa yang nak buat dengan hadiah kawen?

Aii..bestnya bile teringat time preparation untuk kawen.Semangat tak hengat!Penat and tensen pun ada,tapi semangat nak berlaki tu lebih kuat.Ehehe..

Time hari kawen,berlambak-lambak dapat hadiah.Honestly saya tak mengharapkan apa-apa hadiah,dah datang rumah saya,jenguk saya kawen,makan-makan dan balik dengan senang hati dan gumbira pun dah cukup.Tapi kalau yang datang bawak hadiah,saya sangat appreciate!

Honestly,saya lagi suka kalau bagi duit dari bagi hadiah.Ooops,bukan apa,cabaran paling besar selepas kahwin adalah how to manage your money (and your hubby too..) At least,kalau dapat duit,boleh guna buat bekal lepas kawen (Lepas kawen, boleh la cakap lepas gini,sebelum kawen, jangan buat ye cik kak! Nanti terus takde orang kat umah tu.Ko kawen la sorang-sorang.Haha) So don't try this at home

Hadiah kahwin yang biasa orang bagi:

1.Peralatan Elektrik - I really apppreciate it.Lepas kawen tak payah beli.Bagi mesin basuh boleh tak encik? T_T sampai sekarang takde mesin basuh lagi kat rumah ~~Nangess...

2.Pinggan Mangkuk - Banyak sangat dapat,dari Vantage sampai la ke Vintage,semua ada.Also appreciate it.Tq guys.Yang berlebih-lebihan tu,bagi sedara-mara on gifts opening day tu.Sedekah~~Murah rezeki what.Yang mahal sembunyikan dalam almari =p

3.Peralatan masak (kuali,periuk dll) -Besh jugak sbb boleh guna.Menambahkan semangat nak masak untuk hubby.Hoyeahhh.

4.Toto dan selimut - Boleh tukar-tukar,tak payah beli baru.Op coz akan dapat saiz King or Queen.Mane la muat nak berhimpit atas Single bed.Haha

Benda yang saya memang nak dan dapat:

1.Steamboat cooker - Eh ye ke nama diye?Ntah,tapi org guna utk wat masak steamboat.Meleleh~~

Anyway,thanx to all kerana sudi datang dan semua hadiah sangat saya hargai =)

Sunday, April 8, 2012

Kewangan peribadi dan saya: 1

Lately,saya suka baca belog kewangan bagi mengisi masa dan minda saya yang kosong tentang kewangan.Nak rancang kewangan bukannya senang kalau takde ilmu,dan ilmu itu seharusnya datang dari pembacaan!

Saya juga banyak membeli buku-buku tentang kewangan.Antaranya buku yang saya ada dan belog yang saya pernah baca:


1.Wanita dan dunia kewangan peribadi
-Panduan secara am tentang kewangan,tapi bagi saya buku ni tak mengandungi guide seperti yang saya (tapi mungkin sesuai dengan korang) inginkan!.Ianya tentang basic pengurusan kewangan wanita,di mana hendak melabur,jenis-jenis pelaburan dll.It's a good book actually =)

2.Blog:
http://www.mohdzulkifli.com/
-Sangat bagus sebab pendapat beliau sangat ikhlas dan jujur.Beliau menjawab persoalan yang saya serta saya rasa penulisan beliau tu dari hati.Ianya juga boleh dijadikan panduan bagi merancang kewangan hayat rumahtangga.

Anyway,good luck to myself untuk mencapai financial freedom!

Tuesday, January 17, 2012

Semoga bisnes berkembang...

Kenapa saya berminat dalam perniagaan

Semasa saya berumur 12 thn hingga tingkatan 3,saya sentiasa ikut  ibu saudara saya meniaga di pasar malam.Saya tolong jual keropok,goreng pisang,sosej dan fishball.Pada umur tersebut,perasaan menerima duit dari ramai orang adalah sangat indah.Indahnya terasa sampai sekarang.Dari situ la minat saya terhadap bisnes bermula.

so,ramai-ramai mai ler singgah dan support saya at:

DAN


M.A.R:Terpaksa stop ikut ibu saudara sebab ada jiran gerai sebelah mengorat saya yang baru Tingkatan 3 masa itu!Bukan setakat mengorat,siap bawak mak datang ‘tengok’ untuk dibuat calon menantu!Haaiihhh…

Buffered Earning Nuffnang

Buffered Earning Nuffnang tang dipendekkan kepada B.E Nuffnang ialah topik hari ini.Kenape keluar topik ni?Sebab saya tak dapat BE sangat la untuk belog ini (ceh,macam la ada banyak belog lain,selain belog ini,tu pun nyawa-nyawa ikan sebab tulis entry ciput je setiap minggu) T_T

Kesibukan melampau batasan membuatkan saya tiada masa untuk menulis.Ayat skema.

Saya suka membaca dan share apa yang saya baca dengan readers.Tapi bab nak membukak laptop tu yang malas =p Tapi saya update jugakkan? Idea bertimbun di kepala sebenarnya..and today is not a wordless wednesday.. =)

Tuesday, January 10, 2012

Kewangan meruncing

Dear reader,



Lepas kawen ni,rasanya masalah kewangan makin meruncing.Yet u have to plan the budget well,if not,hujung bulan makan pasir le jawabnya.Rite now,i'm starting to buy buku-buku kewangan to help out menguruskan kewangan keluarga.I think that all newly wedd couple have to so --->Sila abaikan english yang berterabur!