Friday, May 18, 2012

Char kuey teow versi kering

 Semalam aku jenjalan kat Pasar Malam yang sangat besar sehingga kejakunan aku terserlah.Jalan-jalan ngan hubby,tapi hubby kata kejap-kejap ilang,jakun tengok makanan yang banyak melampau batas.Toleh kanan nampak nasi air,toleh kiri nampak steamboat,pandang depan nampak nasi lemak ada kangkung,pandang belakang? erk,jangan pandang belakang..nampak hubby dengan muka penat mengekor aku..Mahap ye encik..

Char kuey teow pun nak jugak,kentang spring goreng blackpepper pun nak.Semua nakkk! At last,supaya perut aku sama adil,ko nak semua kan wahai perut? So aku beli barang-barang buat char kuey teow kering.Yang aku toleh kiri kanan depan semua telah dirembat.

 Pagi tadi google the recipe,and here's what i found at norzailina's blog:
(tapi dh ubahsuai ikut selera aku)



CHAR KUEY TEOW (versi kering)

4 sudu makan minyak/secukupnya untuk menumis
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 ulas bawang merah-dihiris nipis
1½ sudu makan pes cili
500 gm kuey teow
semangkuk kecil kerang - direbus & kupas
6 tangkai daun kucai, dihiris 2 cm
segenggam taugeh - dibuang ekor
1 biji telur
5-6 biji fishball
1 potong fishcake
Garam secukup rasa

Bahan Sos  (campur):

3 sudu besar sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
4 sudu makan air
1 sudu makan sos ikan/sotong

Cara-cara:

1.     1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum.Masukkan pes cili, kacau sebentar. Bubuh bahan sos, kacau.

3.      2.Bila mendidih, bubuh kuey teow, kerang, kucai dan taugeh. Balik-balikkan.
4.      3. Kaup semua bahan ke tepi kuali, pecahkan telur di tengahnya. 
5.      4. Kacau semuanya sekali cepat-cepat kemudian angkat.

Tuesday, May 15, 2012

Apa yang nak buat dengan hadiah kawen?

Aii..bestnya bile teringat time preparation untuk kawen.Semangat tak hengat!Penat and tensen pun ada,tapi semangat nak berlaki tu lebih kuat.Ehehe..

Time hari kawen,berlambak-lambak dapat hadiah.Honestly saya tak mengharapkan apa-apa hadiah,dah datang rumah saya,jenguk saya kawen,makan-makan dan balik dengan senang hati dan gumbira pun dah cukup.Tapi kalau yang datang bawak hadiah,saya sangat appreciate!

Honestly,saya lagi suka kalau bagi duit dari bagi hadiah.Ooops,bukan apa,cabaran paling besar selepas kahwin adalah how to manage your money (and your hubby too..) At least,kalau dapat duit,boleh guna buat bekal lepas kawen (Lepas kawen, boleh la cakap lepas gini,sebelum kawen, jangan buat ye cik kak! Nanti terus takde orang kat umah tu.Ko kawen la sorang-sorang.Haha) So don't try this at home

Hadiah kahwin yang biasa orang bagi:

1.Peralatan Elektrik - I really apppreciate it.Lepas kawen tak payah beli.Bagi mesin basuh boleh tak encik? T_T sampai sekarang takde mesin basuh lagi kat rumah ~~Nangess...

2.Pinggan Mangkuk - Banyak sangat dapat,dari Vantage sampai la ke Vintage,semua ada.Also appreciate it.Tq guys.Yang berlebih-lebihan tu,bagi sedara-mara on gifts opening day tu.Sedekah~~Murah rezeki what.Yang mahal sembunyikan dalam almari =p

3.Peralatan masak (kuali,periuk dll) -Besh jugak sbb boleh guna.Menambahkan semangat nak masak untuk hubby.Hoyeahhh.

4.Toto dan selimut - Boleh tukar-tukar,tak payah beli baru.Op coz akan dapat saiz King or Queen.Mane la muat nak berhimpit atas Single bed.Haha

Benda yang saya memang nak dan dapat:

1.Steamboat cooker - Eh ye ke nama diye?Ntah,tapi org guna utk wat masak steamboat.Meleleh~~

Anyway,thanx to all kerana sudi datang dan semua hadiah sangat saya hargai =)