Friday, January 17, 2014

Fenomena ciskek leleh

Walaupun fenomena ni dah melanda beberapa bulan, baru semalam try ciskek leleh ni. Harga RM 6.


Rasanya lagi berbaloi beli makanan kat bawah ni yang total harga RM 6 dari beli ciskek leleh. Dahla saiz kecik, rasa kek memang sedap. Cuma rasa cis tu agak kureng. Saya bagi 3 star je.

 Kuey teow = RM 2, Leher ayam = RM 1, Murtabak = RM 3

Wednesday, January 15, 2014

Tips jimat: Masak sendiri untuk brekpes and lunch

Walaupun harga kangkung turun, ianya tak bagi kesan ape-ape pada kehidupan hamba. Maka, teknik sekarang ialah masak sekaligus untuk 2 waktu makan, sebab nak masak asing-asing memang x sempat la... Kalau surirumah, or yang keje separuh hari sampai kol 2-3 je, boleh la nak masak satu-satu. I memang tak sempat beb.

Dulu time ada duit, bekpes memang kat kedai, sebab agak rushing pagi-pagi. Tapi sekarang sebab dah kena berjimat, mesti la kena menyempatkan diri sikit-sikit. Masak benda yang simple, tapi sebab nak lunch, masak nasi terus waktu pagi dengan lauk pauk. 

Contohnye pagi ni pas subuh terus potong ikan tenggiri, lumur garam kunyit, potong bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit halia lantas buat ikan tenggiri (ikan free okey) sweet sour. Petola plak potong, buat tumis petola dengan suun dan fucuk, letak udang kering sikit bagi aroma. Haa... asal sempat je la aku masak. 

Kos makan pagi dengan lunch untuk 2 orang: anggaran RM 12 x 2 = RM 24 sehari. 
Kalau sebulan? RM 24 x 20 = RM 480
Tak mampuuuu!!!

Tips jimat:

1. Pilih masakan yang simple tapi sedap (banyak tu.. ikan rebus goreng pun sodap) supaya jimat kos barang dikeluarkan, jimat masa untuk buat tapi hasil wallaahhhh! 

2. Untuk jimat masa waktu pagi, ikan tu boleh dikeluarkan terus dari freezer dan letak kat area kurang sejuk cam kat bawah. So pagi sok tu dah bleh terus potong. Dengan syarat, ikan tu dah siap siang la.

Daging salai masak lemak cili api


Masak lemak cili api daging salai + nasi putih + ayam goreng berlada kering... menu untuk lunch tadi. Belajo-belajo cara nak amek gambar ala-ala foodgography..


Resepi nanti kite hapdate..

Saturday, January 11, 2014

Projek Budget Binder dah siap


Dah siap saya punyaaa!!!

Pasni boleh la merancang kewangan dengan lebih tersusun. Cewahh!

Friday, January 10, 2014

Resepi Kentang Wedges celup tepung

Sambungan dari kesah ayam goreng kfc..

Alang-alang dah ada kentang kat rumah dengan tepung ayam yang lebih tu, aku guna la buat potato wedges pulak. Baru la namanya kepsi kan..

Resepi kentang wedges celup tepung

Bahan untuk tepung salut :

1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu serbuk paprika
1/2 teaspoon dark ground nutmeg
1 teaspoon Basil, dried
1 teaspoon Black Pepper, ground
1/2 teaspoon ground leaf thyme
Secubit rempah masala
garam secukup rasa
secubit baking powder
1biji telur
Cara-cara:
1. Potong wedges dulu kentang yang dah dikupas dan dibersihkan.
2. Rebus sampai empuk, tapi jangan sampai lembik 


3. Siram dengan air paip, bagi suam dan toskan
4. Celup dalam telur dan salut dengan tepung
 5. Goreng!


Wednesday, January 8, 2014

Bila dah takde bajet nak ke kepsi (KFC)

Semalam ni tekak orang mengandung ni nak pulak makan ayam kepsi, ayam yang celup-celup tepung berempah tu.. eleh, tiap-tiap hari korang ke kepsi, mesti tahu kan? hihi

Sekarang dalam dompet ada RM 30 je lagi. Hmm, tekak nak makan, ikutkan nak melayan je. Tapi, masih berfikiran waras dan sabar tak mengikut nafsu. Dalam peti ais tadi ternampak 3 ketul ayam kat frozen part tu. Boleh la, buat sendiri lagi jimat. Resepi ayam goreng KFC kita harus la google supaya hampir sama dengan 11 secret spices diorang tuh.

Em, dalam google ni, ada la jumpa beberapa 11 'secret spices' yang dikatakan secret tapi tak tahu la ye ke tak.. nak test?

11 SECRET HERBS AND SPICES
4 teaspoons ground peppercorns (3 tsps Tellicherry, 1 tsp white)
1 1/2 teaspoons dalmatian rubbed sage
1 teaspoon jamaican ground ginger
3/4 teaspoon ground winter savory
1/2 teaspoon ground allspice berry
1/2 teaspoon dark ground nutmeg
1/2 teaspoon ground leaf thyme
1/2 teaspoon ground vanilla bean
1/4 teaspoon ground star anise
1/8 teaspoon ground fenugreek
1/8 teaspoon ground parsley

or

1 teaspoon Oregano, dried
1 teaspoon Chili Powder
1 teaspoon Sage, dried
1 teaspoon Basil, dried
1 teaspoon Marjoram, dried
1 teaspoon Black Pepper, ground
2 teaspoons Salt
2 tablespoons Paprika
1 tablespoon Onion Salt
1 tablespoon garlic Powder
2 tablespoons Accent Flavor Enhancer (it's basically MSG, y'all)
Haa, kebende tu Marjoram, Sage, Winter Savory, Allspice berry?? Fenugreek?? oh no!
Maka, ada baiknya aku buat ayam goreng kepsi versi aku campur versi orang lain.


Resepi ayam goreng kfc style aku



Perap:
Kepingan Ayam(3 ketul in my case) 
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 inci Halia potong/tumbuk (sikit je, jgn bnyk, nnt overpower plak)
garam 2 sudu teh
Serbuk Lada hitam 
Serbuk Lada putih




Bahan untuk tepung salut :


 

1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu serbuk paprika
1/2 teaspoon dark ground nutmeg
1 teaspoon Basil, dried
1 teaspoon Black Pepper, ground
1/2 teaspoon ground leaf thyme
Secubit rempah masala
garam secukup rasa
secubit baking powder
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.Salut ngan tepung
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas.

Sunday, January 5, 2014

Tips jimat: Tanam sendiri sayur kat rumah

Hari-hari dengar harga barang makin naik. Hari-hari. Tau tak hari-hari? Gedung pasaraya hari-hari pun tak naik harga hari-hari macam ni tau. Stress hambe.

Tiap-tiap bulan dah mula buat bajet untuk perbelanjaan. Ye la, kalau dah tiap-tiap bulan, sampai -ve duit ko dah apehal kan... Perlulah kite mengawal emosi dan nafsu perbelanjaan supaya tak menyesal kemudian hari.

Sekarang, hidup kami di ambang kemelesetan ekonomi rumah tangga. Meleset sebab duit gaji terpaksa bayar hutang, bil-bil bertimbun dan perlu saving jugak untuk pegi kursus dan baby yang bakal keluar (oppss, tak de bajet lagi untuk baby.. memang meleset habes T_T)

Maka, satu idea yang dah lama orang lain buat yang aku baru nak buat iaitu tanam sendiri sayur kat rumah. Alaa, tanam benda basic yang selalu korang makan, macam kunyit, lada, halia,lengkuas, daun limau purut, serai dll.

Kalau nak tahu cara tanam sayur yang lebih spesifik, korang boleh ke TanamSendiri.com ni. Memang penuh informasi pasal cara tanam sayur siap jual benih lagi.

List sayur yang nak tanam:

1. Halia (dah tanam tapi x idop2)
2. Lengkuas
3. Lada
4. Bendi (dah tanam tapi x idop2)
5. Terung
6. Kucai (dah tanam tapi x idop2)
7. Kunyit dah!
8. Daun limau purut dah!
9. Serai (dah, tapi x subur)
10. Bayam


Ni cara mudah nak sediakan semburan makhluk perosak. Sebab pernah beli yang jual kat kedai, yang herbal (inai) tapi tak jadik!!

psst: kalo dulu suke angat main game Farmville. Skarang masa nak buat farmville yang real punye! Ni petua tanam sayur sendiri from TanamSendiri.com