Thursday, October 16, 2014

Memang CUTE PIN TUDUNG ni taw

Pin tudung design cute pun ada. Pin tudung ni mix dengan crystal swarovski. 
Of course from The Hijabist Pin. 

Cara order: 
SMS/Whatsapp +60196946636, bagi kod pin tudung yang berkenan di hati
Mudah kan?

Whatsapp +60196946636 untuk cepat reply
Ig: Amanda Safiya Couture
FB : The Hijabist Pin 

Harga : RM 12 setiap satu
(tak termasuk pos)





 Cepat! Design sentiasa bertukar! Memang CUTE PIN TUDUNG ni taw!

Pin tudung crystal swarovski yang sangat cantik

Pin tudung crystal swarovski from The Hijabist Pin. Banyak design pin tudung ni taw! Sis boleh pilih yang mana satu design berkenan di hati.

Whatsapp +60196946636 untuk cepat reply
Ig: Amanda Safiya Couture
FB : The Hijabist Pin




Range harga pin tudung ni dari RM 10 hingga RM 30. Gift Set pun ada taw. Cecepat order!
Whatsapp +60196946636 sekarang!

Saturday, June 7, 2014

Pantang: hari ke 10 dan lauk masa pantang

Hari ni hari ke 10 dah pantang. Menu hari ni still ikan kering dan nasi putih. Well, walaupun hanya makan itu, tapi aku still cover dengan vitamin shaklee cam vitalea, vitamin C dan ESP. Coz i know, tak cukup zat untuk proses pemulihan kalo stakat nasi and ikan kering.

Hari ni jugak minum air rebusan manjakani which mama bagitaw boleh kecutkan rahim. Hopefully they do! Sebab bila bergerak, rasa cam bulat2 kat perut. Takkan ada baby lagi kot. Nurse bagitaw tu ialah rahim, maybe sebab still tak kecut, rasalah bulat2 bagai.

Nak kentut pon agak susah sebab tetiba rasa cam urat saraf kentut dah putus. Nak kentut pun kene teran cam nak uu*uk. Bila i bagitaw hubby, " b, sy rasa urat kentut sy dh putus la. Ssh sgt nk kentut...." . Die gelak sakan!!!

 Walaupun bersalin ceaser, rasa banyak perubahan kat badan ni. Aduhaii.. demi mu baby ku sayang..

Tuesday, June 3, 2014

Pantang: Hari ke 8

Dah kenape nak start tulis belog dengan pantang hari ke 8. Hari ni menu pantang :

Brekpes : Kuih Lompang + Kuih Cara +Roti Gardenia Choc + Milo + ESP + ubat-ubatan klinik bagi untuk kecut peranakan dan luka dalam

Lunch: Nasi panas + Ikan kering 

Mama kata kuih lompang ngan kuih cara boleh makan sebab buat guna tepung beras. So selamat untuk luka. Tapi kalo ikutkan portion makan pagi cenggitu banyak, agak-agak boleh ker aku kurangkan berat sampai berat asal 56kg sebelum mengandung or paling bes lagi 53kg sebelum kawen?

Ikutkan dah tersangat hebat oke kalo kawen 2 tahun, berat tambah 3kg je. Muahahahaha...

Ukurlilit pinggang 39 inci, lebih besar dari hubby yang hanya 36 inci itu.. We'll see..

Tuesday, April 1, 2014

Pregnancy: 33 weeks already!!

Dah masuk 33 minggu dah rupenya. Kejap je rase peknen ni, walaupun pestime, but i enjoy the feeling of having tiny human inside me. Wohoh, BI berterabor. Hantam sajalah labuuu..

Yang sonoknye masa peknen ni:

1. Alahan rasanya tak seteruk orang lain. Maybe sbb baby boy???

2. Tak mengidam teruk-teruk nau cam craving for daging unta dari Hadramaut or makan makanan kucing Whiskas. Ada sekali je yang macam eh, mengidam ke ni sebab tiap-tiap masa sebut pasal laksa. Tapi pas dapat, dah tak rasa nak makan pun. Tapi tak dapat pun tak kesah jugak.

3. Cramp kaki pun kurang, sesekali je, tu pun masa supply calcium dah habis, and lambat order dari Shaklee.

4. No gastric pain or heartburn. Skali je ritu sebab tak makan...

5. Berat badan pun naik canteekk lagi setakat ni. Tapi last cek 2kg in 2 weeks!!! Oh no no no..

6. Hubby yang sangat2 supportive!!

7. No stretch mark yet. I guna Earth mama Angel baby natural stretch oil everyday

Yang kurang best sikit:

1. Malas yang amat nak masak! Hobi sebelum peknen ialah memasak, tapi masa peknen ni memang sangat jarang masuk dapor except 4-6 month. Masa tu rajin sikit

2. Sakit tapak kaki. Berat badan bertambah kott??

3. Panass!

4. Baju banyak tak muat. Sebab 55kg now 64 kg. Imagine la pertambahan ukurlilit perotku ini T_T

Last cek at 31 weeks, kepala baby dah kat bawah, air ketuban normal, berat baby 1.68kg. Kecik tapi sihat. Alhamdulillah, uri pun dah position normal =)

Shopping di Lazada.com.my

Dulu-dulu pestime bukak website www.lazada.com.my ni, rasanya tak berapa meriah macam sekarang. Maybe sebab baru lagik kot. Sekarang sangatla meriah dan banyak barang yang memikat hati = duittt (erkkkk!!!) .

Contohnye yang ni, lama dah sangat nak beli. Sebab bile layan Asian Food Channel or Travel and Living kat ASTRO, nampak cam pro je kalo masak guna benda alah ni:


Haaa, Cooka Wooden Pepper Mill namenye, if tak silap harga dia RM 11++ kot. Seblas hengget lebih hokey, bukan seratus lebih. 

Lagi satu organizer ni, tapi memang boleh dapat kat mane2 je bende ni:


Spender organizer or ape2 yang tecit2 boleh disumbat, gulung dan sebagainya. Seswai untuk mereka yang tak berapa organized macam aku ni =p

Banyak lagi la yang menarik!! Boleh ke http://www.lazada.com.my untuk window sopim dulu ye. Kalo gaji dah masuk, kasik rembat teros!

Friday, March 7, 2014

Pregnancy: Susu kambing dan jaundis (kuning)

Orang kata, susu kambing boleh prevent jaundis (kuning pada bayi). Ye ke?? Tapi that's the least i can do, mane la tahu kalau jadik. Prevention is better than cure, betol x? Harap-harap mujarab. 



Dah 2 kali telan susu HI GOAT HR tu. Kali kedua tak tertelan la. Pastu paksa hubby minum. Haha. Kejam lah sangat. So alternatif untuk yang tak minum susu kambing macam saya ni kena ada. Sebab bau hamis la. Daging kambing yang ada bau or daging import yang bau lembu sangat tu pun memang  tak leh makan.

At last, dapat tahu yang Avon ada jual tablet susu kambing. Rasanya macam ada, tapi bila bukak katalog Cosway yang bulan berapa ntah, takde pulak. So beli la yang tablet susu kambing Avon dulu. Harga RM 24.90. Boleh la kan. 



Rasa hamis tu still ada, nak kunyah macam gula-gula Horlicks tu memang tak la. So telan sebijik cam makan ubat. Next time maybe bole try tablet susu kambing keluaran HR plak. Hopefully oke.



Notakaki: Kalau dah nama kambing, brand apa pun mesti tetap ada bau kambing T_T

Wednesday, March 5, 2014

Pregnancy: Rawatan spa lepas bersalin

Kat area ni ada 2 je spa yang 'branded' or well known dan harga op coz la up dari harga spa biasa kot?? Tanamera SPA dan D'Qistee SPA. Hmm, harga tak tahu la, sebab x sevey lagi. Rawatan pas bersalin, cam bertangas, urutan, tapel pilis param, sauna dan bertungku. 

Yang ni spa treatment kat D'Qistee:


Mata rabun yer?? haha. Sila pakai spek anda.

Yang ni treatment kat Tanamera Spa:


Harga memang tak tulis la. Kene tepon if nak sevey. Tapi alang-alang nak pi beli VCO and brown soap kat Tanamera, baik sevey terus dan masuk dalam bajet. Jangan lupe untuk belai diri untuk suami korang, biar menten cantik gitu walaupun anak 8!!

Sunday, March 2, 2014

Pregnancy: Tetiba suka dengar lagu Arjuna Beta

Tetiba feeling sensorang dengar lagu ni, almaklumla 2 kali scan katenye baby boy. Hihi. Arjuna ler tu. Hopefully result scan tu betul. Sebab barang baby mostly white and blue. Kalo ikutkan macam geram jer tengok baju baby yang kaler pinky chomel-chomel. Eiii.. Gerammm!

Tapi hubby cakap, xleh bagi baju kaler pink, nanti jadi ' pon pon ' (paham2 sendiri la kan). Owh, terpaksala letak balik baju yang dah grab. Hihi. Okey-okey. Sebab saya memang tak suka kaler biru, tetiba kene bagi biru jekk. Merah pun x banyak. Hitam lagi laa.. panas kott!

Lirik lagu Arjuna Beta: 

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Saturday, March 1, 2014

Pregnancy: Shopping barang baby and mommy

 SOGO

Kebetulan ada voucher SOGO RM200, haruslah saya gunakan untuk shopping barang baby. Barang mummy belakang kira dulu. Ada SALE pulak tu. Nice timing! Cuma tak taw ar bila compare dengan kedai on9 and baby lain cemana.

Tommee Tippee Sterilizer set with free gifts : RM 319.20
Little Bean bathtub : RM 71.92 (kat JUSCO lagi murah!)
Pureen liquid detergent 2L : RM 24.80
Pureen Napkin 10 pc : RM23.90

WATSONS

Bepanthen ointment : RM 12.50
Bedak Agnesia : RM 5.50

AEON JUSCO WANGSA MAJU

Anakku cottonball : RM6.90
Pureen Nappy Liner 100 sheets : RM 9.90
Kiko baby towel : RM 21.00
Breastpad 84 pcs : RM 31.90

KEDAI JAMU CHOWKIT

Pilis + Param : RM 10 each x 2
Minyak Telon Anugerah : RM 13
Herbanika Barut NR : RM51
Bengkong Mak Dara : RM 30
Bio Selusuh Biodex : RM 45
Minyak Berubat NR : RM 57
Phytonatal NR : RM 119
Tungku baby : RM 10


Wednesday, February 5, 2014

Peraduan Friso Gold hadiah bes untuk dimenangi






Tadi dok surfing mudah.my. Ada pulak iklan contest Friso Gold ni. Oooh teringat yang rite now i tengah consume Frisomum Gold sebab last visit to KKIA (klinik kesihatan ibu dan anak) , nurse suruh minum susu ibu mengandung 2 kali sehari untuk pertumbuhan bayi yang sihat dan nutrisi secukupnye. Cewaahh, panjang gitu ayat aku. Macam nak jual susu plak. Idok lerr, kite nak share barang baik, memang lerr kena beriya-iya betul x?

Setakat ni saya dah try 2 jenis susu ibu mengandung, that is Enfamama A plus dan Friso mum Gold.

 Review Enfamama A PLUS:

Rasa:  - susu perisa coklat memang ternyata lagi sedap di tekak haku berbanding perisa Vanilla. Sebab perisa coklat tu rasa macam susu coklat Dutch Lady sket, tapi yang Vanilla ala-ala masin sket ??

Try yang sample tu jer, sebab klinik bagi free. Hihi.

Review Frisomum Gold:

Rasa:   - susu yang sedap la di tekak i, walaupun kalo ikut sukatan betul-betul, memang pekat giler weh. Tapi aku kurangkan dos la.

Advantage:  - Ada probiotik dalam susu tu. Maybe boleh kurangkan masalah sembelit??

Disadvantage:  - Ko tak bleh biar lama susu tu terdedah, memang cepat basi sebab ada probiotik enzyme kat dalam susu tu.

So bagi yang dah ada Frisomum Gold or FrisoGold tu, bleh la try masuk contest ni. Bleh menang 100 tiket free ke Legoland!!! Atau yang paling bes dapat duit yang banyak gedabak gitu! Jangan lupe simpan scoop susu untuk poskan skali sebagai bukti korang beli susu. Kalo dah buang, pegi la korek balik tong sampah tu, kot-kot ada lagi. Ewhhh!

Friday, January 17, 2014

Fenomena ciskek leleh

Walaupun fenomena ni dah melanda beberapa bulan, baru semalam try ciskek leleh ni. Harga RM 6.


Rasanya lagi berbaloi beli makanan kat bawah ni yang total harga RM 6 dari beli ciskek leleh. Dahla saiz kecik, rasa kek memang sedap. Cuma rasa cis tu agak kureng. Saya bagi 3 star je.

 Kuey teow = RM 2, Leher ayam = RM 1, Murtabak = RM 3

Wednesday, January 15, 2014

Tips jimat: Masak sendiri untuk brekpes and lunch

Walaupun harga kangkung turun, ianya tak bagi kesan ape-ape pada kehidupan hamba. Maka, teknik sekarang ialah masak sekaligus untuk 2 waktu makan, sebab nak masak asing-asing memang x sempat la... Kalau surirumah, or yang keje separuh hari sampai kol 2-3 je, boleh la nak masak satu-satu. I memang tak sempat beb.

Dulu time ada duit, bekpes memang kat kedai, sebab agak rushing pagi-pagi. Tapi sekarang sebab dah kena berjimat, mesti la kena menyempatkan diri sikit-sikit. Masak benda yang simple, tapi sebab nak lunch, masak nasi terus waktu pagi dengan lauk pauk. 

Contohnye pagi ni pas subuh terus potong ikan tenggiri, lumur garam kunyit, potong bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit halia lantas buat ikan tenggiri (ikan free okey) sweet sour. Petola plak potong, buat tumis petola dengan suun dan fucuk, letak udang kering sikit bagi aroma. Haa... asal sempat je la aku masak. 

Kos makan pagi dengan lunch untuk 2 orang: anggaran RM 12 x 2 = RM 24 sehari. 
Kalau sebulan? RM 24 x 20 = RM 480
Tak mampuuuu!!!

Tips jimat:

1. Pilih masakan yang simple tapi sedap (banyak tu.. ikan rebus goreng pun sodap) supaya jimat kos barang dikeluarkan, jimat masa untuk buat tapi hasil wallaahhhh! 

2. Untuk jimat masa waktu pagi, ikan tu boleh dikeluarkan terus dari freezer dan letak kat area kurang sejuk cam kat bawah. So pagi sok tu dah bleh terus potong. Dengan syarat, ikan tu dah siap siang la.

Daging salai masak lemak cili api


Masak lemak cili api daging salai + nasi putih + ayam goreng berlada kering... menu untuk lunch tadi. Belajo-belajo cara nak amek gambar ala-ala foodgography..


Resepi nanti kite hapdate..

Saturday, January 11, 2014

Projek Budget Binder dah siap


Dah siap saya punyaaa!!!

Pasni boleh la merancang kewangan dengan lebih tersusun. Cewahh!

Friday, January 10, 2014

Resepi Kentang Wedges celup tepung

Sambungan dari kesah ayam goreng kfc..

Alang-alang dah ada kentang kat rumah dengan tepung ayam yang lebih tu, aku guna la buat potato wedges pulak. Baru la namanya kepsi kan..

Resepi kentang wedges celup tepung

Bahan untuk tepung salut :

1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu serbuk paprika
1/2 teaspoon dark ground nutmeg
1 teaspoon Basil, dried
1 teaspoon Black Pepper, ground
1/2 teaspoon ground leaf thyme
Secubit rempah masala
garam secukup rasa
secubit baking powder
1biji telur
Cara-cara:
1. Potong wedges dulu kentang yang dah dikupas dan dibersihkan.
2. Rebus sampai empuk, tapi jangan sampai lembik 


3. Siram dengan air paip, bagi suam dan toskan
4. Celup dalam telur dan salut dengan tepung
 5. Goreng!


Wednesday, January 8, 2014

Bila dah takde bajet nak ke kepsi (KFC)

Semalam ni tekak orang mengandung ni nak pulak makan ayam kepsi, ayam yang celup-celup tepung berempah tu.. eleh, tiap-tiap hari korang ke kepsi, mesti tahu kan? hihi

Sekarang dalam dompet ada RM 30 je lagi. Hmm, tekak nak makan, ikutkan nak melayan je. Tapi, masih berfikiran waras dan sabar tak mengikut nafsu. Dalam peti ais tadi ternampak 3 ketul ayam kat frozen part tu. Boleh la, buat sendiri lagi jimat. Resepi ayam goreng KFC kita harus la google supaya hampir sama dengan 11 secret spices diorang tuh.

Em, dalam google ni, ada la jumpa beberapa 11 'secret spices' yang dikatakan secret tapi tak tahu la ye ke tak.. nak test?

11 SECRET HERBS AND SPICES
4 teaspoons ground peppercorns (3 tsps Tellicherry, 1 tsp white)
1 1/2 teaspoons dalmatian rubbed sage
1 teaspoon jamaican ground ginger
3/4 teaspoon ground winter savory
1/2 teaspoon ground allspice berry
1/2 teaspoon dark ground nutmeg
1/2 teaspoon ground leaf thyme
1/2 teaspoon ground vanilla bean
1/4 teaspoon ground star anise
1/8 teaspoon ground fenugreek
1/8 teaspoon ground parsley

or

1 teaspoon Oregano, dried
1 teaspoon Chili Powder
1 teaspoon Sage, dried
1 teaspoon Basil, dried
1 teaspoon Marjoram, dried
1 teaspoon Black Pepper, ground
2 teaspoons Salt
2 tablespoons Paprika
1 tablespoon Onion Salt
1 tablespoon garlic Powder
2 tablespoons Accent Flavor Enhancer (it's basically MSG, y'all)
Haa, kebende tu Marjoram, Sage, Winter Savory, Allspice berry?? Fenugreek?? oh no!
Maka, ada baiknya aku buat ayam goreng kepsi versi aku campur versi orang lain.


Resepi ayam goreng kfc style aku



Perap:
Kepingan Ayam(3 ketul in my case) 
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 inci Halia potong/tumbuk (sikit je, jgn bnyk, nnt overpower plak)
garam 2 sudu teh
Serbuk Lada hitam 
Serbuk Lada putih




Bahan untuk tepung salut :


 

1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu serbuk paprika
1/2 teaspoon dark ground nutmeg
1 teaspoon Basil, dried
1 teaspoon Black Pepper, ground
1/2 teaspoon ground leaf thyme
Secubit rempah masala
garam secukup rasa
secubit baking powder
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.Salut ngan tepung
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas.

Sunday, January 5, 2014

Tips jimat: Tanam sendiri sayur kat rumah

Hari-hari dengar harga barang makin naik. Hari-hari. Tau tak hari-hari? Gedung pasaraya hari-hari pun tak naik harga hari-hari macam ni tau. Stress hambe.

Tiap-tiap bulan dah mula buat bajet untuk perbelanjaan. Ye la, kalau dah tiap-tiap bulan, sampai -ve duit ko dah apehal kan... Perlulah kite mengawal emosi dan nafsu perbelanjaan supaya tak menyesal kemudian hari.

Sekarang, hidup kami di ambang kemelesetan ekonomi rumah tangga. Meleset sebab duit gaji terpaksa bayar hutang, bil-bil bertimbun dan perlu saving jugak untuk pegi kursus dan baby yang bakal keluar (oppss, tak de bajet lagi untuk baby.. memang meleset habes T_T)

Maka, satu idea yang dah lama orang lain buat yang aku baru nak buat iaitu tanam sendiri sayur kat rumah. Alaa, tanam benda basic yang selalu korang makan, macam kunyit, lada, halia,lengkuas, daun limau purut, serai dll.

Kalau nak tahu cara tanam sayur yang lebih spesifik, korang boleh ke TanamSendiri.com ni. Memang penuh informasi pasal cara tanam sayur siap jual benih lagi.

List sayur yang nak tanam:

1. Halia (dah tanam tapi x idop2)
2. Lengkuas
3. Lada
4. Bendi (dah tanam tapi x idop2)
5. Terung
6. Kucai (dah tanam tapi x idop2)
7. Kunyit dah!
8. Daun limau purut dah!
9. Serai (dah, tapi x subur)
10. Bayam


Ni cara mudah nak sediakan semburan makhluk perosak. Sebab pernah beli yang jual kat kedai, yang herbal (inai) tapi tak jadik!!

psst: kalo dulu suke angat main game Farmville. Skarang masa nak buat farmville yang real punye! Ni petua tanam sayur sendiri from TanamSendiri.com