Sunday, January 5, 2014

Tips jimat: Tanam sendiri sayur kat rumah

Hari-hari dengar harga barang makin naik. Hari-hari. Tau tak hari-hari? Gedung pasaraya hari-hari pun tak naik harga hari-hari macam ni tau. Stress hambe.

Tiap-tiap bulan dah mula buat bajet untuk perbelanjaan. Ye la, kalau dah tiap-tiap bulan, sampai -ve duit ko dah apehal kan... Perlulah kite mengawal emosi dan nafsu perbelanjaan supaya tak menyesal kemudian hari.

Sekarang, hidup kami di ambang kemelesetan ekonomi rumah tangga. Meleset sebab duit gaji terpaksa bayar hutang, bil-bil bertimbun dan perlu saving jugak untuk pegi kursus dan baby yang bakal keluar (oppss, tak de bajet lagi untuk baby.. memang meleset habes T_T)

Maka, satu idea yang dah lama orang lain buat yang aku baru nak buat iaitu tanam sendiri sayur kat rumah. Alaa, tanam benda basic yang selalu korang makan, macam kunyit, lada, halia,lengkuas, daun limau purut, serai dll.

Kalau nak tahu cara tanam sayur yang lebih spesifik, korang boleh ke TanamSendiri.com ni. Memang penuh informasi pasal cara tanam sayur siap jual benih lagi.

List sayur yang nak tanam:

1. Halia (dah tanam tapi x idop2)
2. Lengkuas
3. Lada
4. Bendi (dah tanam tapi x idop2)
5. Terung
6. Kucai (dah tanam tapi x idop2)
7. Kunyit dah!
8. Daun limau purut dah!
9. Serai (dah, tapi x subur)
10. Bayam


Ni cara mudah nak sediakan semburan makhluk perosak. Sebab pernah beli yang jual kat kedai, yang herbal (inai) tapi tak jadik!!

psst: kalo dulu suke angat main game Farmville. Skarang masa nak buat farmville yang real punye! Ni petua tanam sayur sendiri from TanamSendiri.com

No comments:

Post a Comment