Friday, March 7, 2014

Pregnancy: Susu kambing dan jaundis (kuning)

Orang kata, susu kambing boleh prevent jaundis (kuning pada bayi). Ye ke?? Tapi that's the least i can do, mane la tahu kalau jadik. Prevention is better than cure, betol x? Harap-harap mujarab. 



Dah 2 kali telan susu HI GOAT HR tu. Kali kedua tak tertelan la. Pastu paksa hubby minum. Haha. Kejam lah sangat. So alternatif untuk yang tak minum susu kambing macam saya ni kena ada. Sebab bau hamis la. Daging kambing yang ada bau or daging import yang bau lembu sangat tu pun memang  tak leh makan.

At last, dapat tahu yang Avon ada jual tablet susu kambing. Rasanya macam ada, tapi bila bukak katalog Cosway yang bulan berapa ntah, takde pulak. So beli la yang tablet susu kambing Avon dulu. Harga RM 24.90. Boleh la kan. 



Rasa hamis tu still ada, nak kunyah macam gula-gula Horlicks tu memang tak la. So telan sebijik cam makan ubat. Next time maybe bole try tablet susu kambing keluaran HR plak. Hopefully oke.



Notakaki: Kalau dah nama kambing, brand apa pun mesti tetap ada bau kambing T_T

Wednesday, March 5, 2014

Pregnancy: Rawatan spa lepas bersalin

Kat area ni ada 2 je spa yang 'branded' or well known dan harga op coz la up dari harga spa biasa kot?? Tanamera SPA dan D'Qistee SPA. Hmm, harga tak tahu la, sebab x sevey lagi. Rawatan pas bersalin, cam bertangas, urutan, tapel pilis param, sauna dan bertungku. 

Yang ni spa treatment kat D'Qistee:


Mata rabun yer?? haha. Sila pakai spek anda.

Yang ni treatment kat Tanamera Spa:


Harga memang tak tulis la. Kene tepon if nak sevey. Tapi alang-alang nak pi beli VCO and brown soap kat Tanamera, baik sevey terus dan masuk dalam bajet. Jangan lupe untuk belai diri untuk suami korang, biar menten cantik gitu walaupun anak 8!!

Sunday, March 2, 2014

Pregnancy: Tetiba suka dengar lagu Arjuna Beta

Tetiba feeling sensorang dengar lagu ni, almaklumla 2 kali scan katenye baby boy. Hihi. Arjuna ler tu. Hopefully result scan tu betul. Sebab barang baby mostly white and blue. Kalo ikutkan macam geram jer tengok baju baby yang kaler pinky chomel-chomel. Eiii.. Gerammm!

Tapi hubby cakap, xleh bagi baju kaler pink, nanti jadi ' pon pon ' (paham2 sendiri la kan). Owh, terpaksala letak balik baju yang dah grab. Hihi. Okey-okey. Sebab saya memang tak suka kaler biru, tetiba kene bagi biru jekk. Merah pun x banyak. Hitam lagi laa.. panas kott!

Lirik lagu Arjuna Beta: 

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Saturday, March 1, 2014

Pregnancy: Shopping barang baby and mommy

 SOGO

Kebetulan ada voucher SOGO RM200, haruslah saya gunakan untuk shopping barang baby. Barang mummy belakang kira dulu. Ada SALE pulak tu. Nice timing! Cuma tak taw ar bila compare dengan kedai on9 and baby lain cemana.

Tommee Tippee Sterilizer set with free gifts : RM 319.20
Little Bean bathtub : RM 71.92 (kat JUSCO lagi murah!)
Pureen liquid detergent 2L : RM 24.80
Pureen Napkin 10 pc : RM23.90

WATSONS

Bepanthen ointment : RM 12.50
Bedak Agnesia : RM 5.50

AEON JUSCO WANGSA MAJU

Anakku cottonball : RM6.90
Pureen Nappy Liner 100 sheets : RM 9.90
Kiko baby towel : RM 21.00
Breastpad 84 pcs : RM 31.90

KEDAI JAMU CHOWKIT

Pilis + Param : RM 10 each x 2
Minyak Telon Anugerah : RM 13
Herbanika Barut NR : RM51
Bengkong Mak Dara : RM 30
Bio Selusuh Biodex : RM 45
Minyak Berubat NR : RM 57
Phytonatal NR : RM 119
Tungku baby : RM 10


Wednesday, February 5, 2014

Peraduan Friso Gold hadiah bes untuk dimenangi






Tadi dok surfing mudah.my. Ada pulak iklan contest Friso Gold ni. Oooh teringat yang rite now i tengah consume Frisomum Gold sebab last visit to KKIA (klinik kesihatan ibu dan anak) , nurse suruh minum susu ibu mengandung 2 kali sehari untuk pertumbuhan bayi yang sihat dan nutrisi secukupnye. Cewaahh, panjang gitu ayat aku. Macam nak jual susu plak. Idok lerr, kite nak share barang baik, memang lerr kena beriya-iya betul x?

Setakat ni saya dah try 2 jenis susu ibu mengandung, that is Enfamama A plus dan Friso mum Gold.

 Review Enfamama A PLUS:

Rasa:  - susu perisa coklat memang ternyata lagi sedap di tekak haku berbanding perisa Vanilla. Sebab perisa coklat tu rasa macam susu coklat Dutch Lady sket, tapi yang Vanilla ala-ala masin sket ??

Try yang sample tu jer, sebab klinik bagi free. Hihi.

Review Frisomum Gold:

Rasa:   - susu yang sedap la di tekak i, walaupun kalo ikut sukatan betul-betul, memang pekat giler weh. Tapi aku kurangkan dos la.

Advantage:  - Ada probiotik dalam susu tu. Maybe boleh kurangkan masalah sembelit??

Disadvantage:  - Ko tak bleh biar lama susu tu terdedah, memang cepat basi sebab ada probiotik enzyme kat dalam susu tu.

So bagi yang dah ada Frisomum Gold or FrisoGold tu, bleh la try masuk contest ni. Bleh menang 100 tiket free ke Legoland!!! Atau yang paling bes dapat duit yang banyak gedabak gitu! Jangan lupe simpan scoop susu untuk poskan skali sebagai bukti korang beli susu. Kalo dah buang, pegi la korek balik tong sampah tu, kot-kot ada lagi. Ewhhh!

Friday, January 17, 2014

Fenomena ciskek leleh

Walaupun fenomena ni dah melanda beberapa bulan, baru semalam try ciskek leleh ni. Harga RM 6.


Rasanya lagi berbaloi beli makanan kat bawah ni yang total harga RM 6 dari beli ciskek leleh. Dahla saiz kecik, rasa kek memang sedap. Cuma rasa cis tu agak kureng. Saya bagi 3 star je.

 Kuey teow = RM 2, Leher ayam = RM 1, Murtabak = RM 3

Wednesday, January 15, 2014

Tips jimat: Masak sendiri untuk brekpes and lunch

Walaupun harga kangkung turun, ianya tak bagi kesan ape-ape pada kehidupan hamba. Maka, teknik sekarang ialah masak sekaligus untuk 2 waktu makan, sebab nak masak asing-asing memang x sempat la... Kalau surirumah, or yang keje separuh hari sampai kol 2-3 je, boleh la nak masak satu-satu. I memang tak sempat beb.

Dulu time ada duit, bekpes memang kat kedai, sebab agak rushing pagi-pagi. Tapi sekarang sebab dah kena berjimat, mesti la kena menyempatkan diri sikit-sikit. Masak benda yang simple, tapi sebab nak lunch, masak nasi terus waktu pagi dengan lauk pauk. 

Contohnye pagi ni pas subuh terus potong ikan tenggiri, lumur garam kunyit, potong bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit halia lantas buat ikan tenggiri (ikan free okey) sweet sour. Petola plak potong, buat tumis petola dengan suun dan fucuk, letak udang kering sikit bagi aroma. Haa... asal sempat je la aku masak. 

Kos makan pagi dengan lunch untuk 2 orang: anggaran RM 12 x 2 = RM 24 sehari. 
Kalau sebulan? RM 24 x 20 = RM 480
Tak mampuuuu!!!

Tips jimat:

1. Pilih masakan yang simple tapi sedap (banyak tu.. ikan rebus goreng pun sodap) supaya jimat kos barang dikeluarkan, jimat masa untuk buat tapi hasil wallaahhhh! 

2. Untuk jimat masa waktu pagi, ikan tu boleh dikeluarkan terus dari freezer dan letak kat area kurang sejuk cam kat bawah. So pagi sok tu dah bleh terus potong. Dengan syarat, ikan tu dah siap siang la.