Friday, May 18, 2012

Char kuey teow versi kering

 Semalam aku jenjalan kat Pasar Malam yang sangat besar sehingga kejakunan aku terserlah.Jalan-jalan ngan hubby,tapi hubby kata kejap-kejap ilang,jakun tengok makanan yang banyak melampau batas.Toleh kanan nampak nasi air,toleh kiri nampak steamboat,pandang depan nampak nasi lemak ada kangkung,pandang belakang? erk,jangan pandang belakang..nampak hubby dengan muka penat mengekor aku..Mahap ye encik..

Char kuey teow pun nak jugak,kentang spring goreng blackpepper pun nak.Semua nakkk! At last,supaya perut aku sama adil,ko nak semua kan wahai perut? So aku beli barang-barang buat char kuey teow kering.Yang aku toleh kiri kanan depan semua telah dirembat.

 Pagi tadi google the recipe,and here's what i found at norzailina's blog:
(tapi dh ubahsuai ikut selera aku)



CHAR KUEY TEOW (versi kering)

4 sudu makan minyak/secukupnya untuk menumis
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 ulas bawang merah-dihiris nipis
1½ sudu makan pes cili
500 gm kuey teow
semangkuk kecil kerang - direbus & kupas
6 tangkai daun kucai, dihiris 2 cm
segenggam taugeh - dibuang ekor
1 biji telur
5-6 biji fishball
1 potong fishcake
Garam secukup rasa

Bahan Sos  (campur):

3 sudu besar sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
4 sudu makan air
1 sudu makan sos ikan/sotong

Cara-cara:

1.     1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum.Masukkan pes cili, kacau sebentar. Bubuh bahan sos, kacau.

3.      2.Bila mendidih, bubuh kuey teow, kerang, kucai dan taugeh. Balik-balikkan.
4.      3. Kaup semua bahan ke tepi kuali, pecahkan telur di tengahnya. 
5.      4. Kacau semuanya sekali cepat-cepat kemudian angkat.

Tuesday, May 15, 2012

Apa yang nak buat dengan hadiah kawen?

Aii..bestnya bile teringat time preparation untuk kawen.Semangat tak hengat!Penat and tensen pun ada,tapi semangat nak berlaki tu lebih kuat.Ehehe..

Time hari kawen,berlambak-lambak dapat hadiah.Honestly saya tak mengharapkan apa-apa hadiah,dah datang rumah saya,jenguk saya kawen,makan-makan dan balik dengan senang hati dan gumbira pun dah cukup.Tapi kalau yang datang bawak hadiah,saya sangat appreciate!

Honestly,saya lagi suka kalau bagi duit dari bagi hadiah.Ooops,bukan apa,cabaran paling besar selepas kahwin adalah how to manage your money (and your hubby too..) At least,kalau dapat duit,boleh guna buat bekal lepas kawen (Lepas kawen, boleh la cakap lepas gini,sebelum kawen, jangan buat ye cik kak! Nanti terus takde orang kat umah tu.Ko kawen la sorang-sorang.Haha) So don't try this at home

Hadiah kahwin yang biasa orang bagi:

1.Peralatan Elektrik - I really apppreciate it.Lepas kawen tak payah beli.Bagi mesin basuh boleh tak encik? T_T sampai sekarang takde mesin basuh lagi kat rumah ~~Nangess...

2.Pinggan Mangkuk - Banyak sangat dapat,dari Vantage sampai la ke Vintage,semua ada.Also appreciate it.Tq guys.Yang berlebih-lebihan tu,bagi sedara-mara on gifts opening day tu.Sedekah~~Murah rezeki what.Yang mahal sembunyikan dalam almari =p

3.Peralatan masak (kuali,periuk dll) -Besh jugak sbb boleh guna.Menambahkan semangat nak masak untuk hubby.Hoyeahhh.

4.Toto dan selimut - Boleh tukar-tukar,tak payah beli baru.Op coz akan dapat saiz King or Queen.Mane la muat nak berhimpit atas Single bed.Haha

Benda yang saya memang nak dan dapat:

1.Steamboat cooker - Eh ye ke nama diye?Ntah,tapi org guna utk wat masak steamboat.Meleleh~~

Anyway,thanx to all kerana sudi datang dan semua hadiah sangat saya hargai =)

Sunday, April 8, 2012

Kewangan peribadi dan saya: 1

Lately,saya suka baca belog kewangan bagi mengisi masa dan minda saya yang kosong tentang kewangan.Nak rancang kewangan bukannya senang kalau takde ilmu,dan ilmu itu seharusnya datang dari pembacaan!

Saya juga banyak membeli buku-buku tentang kewangan.Antaranya buku yang saya ada dan belog yang saya pernah baca:


1.Wanita dan dunia kewangan peribadi
-Panduan secara am tentang kewangan,tapi bagi saya buku ni tak mengandungi guide seperti yang saya (tapi mungkin sesuai dengan korang) inginkan!.Ianya tentang basic pengurusan kewangan wanita,di mana hendak melabur,jenis-jenis pelaburan dll.It's a good book actually =)

2.Blog:
http://www.mohdzulkifli.com/
-Sangat bagus sebab pendapat beliau sangat ikhlas dan jujur.Beliau menjawab persoalan yang saya serta saya rasa penulisan beliau tu dari hati.Ianya juga boleh dijadikan panduan bagi merancang kewangan hayat rumahtangga.

Anyway,good luck to myself untuk mencapai financial freedom!

Tuesday, January 17, 2012

Semoga bisnes berkembang...

Kenapa saya berminat dalam perniagaan

Semasa saya berumur 12 thn hingga tingkatan 3,saya sentiasa ikut  ibu saudara saya meniaga di pasar malam.Saya tolong jual keropok,goreng pisang,sosej dan fishball.Pada umur tersebut,perasaan menerima duit dari ramai orang adalah sangat indah.Indahnya terasa sampai sekarang.Dari situ la minat saya terhadap bisnes bermula.

so,ramai-ramai mai ler singgah dan support saya at:

DAN


M.A.R:Terpaksa stop ikut ibu saudara sebab ada jiran gerai sebelah mengorat saya yang baru Tingkatan 3 masa itu!Bukan setakat mengorat,siap bawak mak datang ‘tengok’ untuk dibuat calon menantu!Haaiihhh…

Buffered Earning Nuffnang

Buffered Earning Nuffnang tang dipendekkan kepada B.E Nuffnang ialah topik hari ini.Kenape keluar topik ni?Sebab saya tak dapat BE sangat la untuk belog ini (ceh,macam la ada banyak belog lain,selain belog ini,tu pun nyawa-nyawa ikan sebab tulis entry ciput je setiap minggu) T_T

Kesibukan melampau batasan membuatkan saya tiada masa untuk menulis.Ayat skema.

Saya suka membaca dan share apa yang saya baca dengan readers.Tapi bab nak membukak laptop tu yang malas =p Tapi saya update jugakkan? Idea bertimbun di kepala sebenarnya..and today is not a wordless wednesday.. =)

Tuesday, January 10, 2012

Kewangan meruncing

Dear reader,



Lepas kawen ni,rasanya masalah kewangan makin meruncing.Yet u have to plan the budget well,if not,hujung bulan makan pasir le jawabnya.Rite now,i'm starting to buy buku-buku kewangan to help out menguruskan kewangan keluarga.I think that all newly wedd couple have to so --->Sila abaikan english yang berterabur!

Monday, December 5, 2011

Tips jalan-jalan ke Singapore:part 1

Hye guys..long time no see..^_^ ..sebab sejak tawen,agak busy mengurus kehidupan.. LOL
Last week,me and my hubby went to Singapore..Kitorang pi without any preparation,since dia diarahkan outstation a day before.


What i do is:

1.Bukak google untuk search for map,hotel dan transportation. Kitorg nak pilih hotel yang murah je,so kitorang pilih area Geylang,sebab orang kata ramai Melayu,senang carik makan..


2.Search jugak cara-cara untuk ke Singapore
3.Tukar RM --> Singapore Dollar (rate time saya tukar,RM1 = 2.49SgD)

Kitorang pilih untuk meredah link 2,iaitu melalui Tuas.Kat Highway PLUS tu ada tulis exit ke Tuas,Link 2.
Link tu akan melalui Gelang Patah dan Lima Kedai.

Tips:

1.Jangan lupe sediakan kad Touch and Go.Kalau takde,bleh je beli kad baru atau topup kat tol tu.Macam kitorang buat..hehe

2.Dah sampai kat Lima Kedai tu,sila isi minyak penuh-penuh,sbb minyak kat Singapore mahal..Last stesen,Shell..apa-apa maklumat tambahan yang nak taw,leh tanya akak yang jaga kaunter pam minyak =p

Seterusnya:

3.Sampai je kat Imigresen Malaysia,serahkan pasport korang..pegawai tu akan cek..
4.Jalan terus ke bridge tu,sampai jumpa CIQ Singapore..horeyyy,dah sampai Singapore!
5.Serahkan pasport dan mintak white card.Isi on the spot dan serahkan balik
6.Lepas pegawai tu cakap jalan,parking kereta kat tepi,dan ke pejabat untuk buat autopass.Sila isi borang.
Jgn lupe standby geran dan insurans kereta,in case diorang mintak
7.Korg akan di minta bayar 10SgD.Diorg akan cas 6SgD,dan belen autopass ada 4SgD

Teruskan perjalanan ke destinasi ye...Jangan lupa topup autopass kat 7 eleven atau stesen minyak sejurus sahaja korang keluar dari CIQ tu...boleh guna untuk parking..

Kalau takde IU/Smart Tag pun takpe..masa nak exit Singapore nanti,cas akan di kenakan pada autopass..skarang flat rate 5 SgD per day..so,jangan risau..

Jangan lupa bawak GPS,memang sangat la penting untuk travel kat Singapore.Korang tak taw jalan kan?okey,guna GPS,memang boleh dipercayai.Lagipun,signboard kat Singapore ada banyak.Setiap kali nak masuk jalan apa,memang ada tulis.

Oww,jangan lupe untuk cek balance autopass before exit,kalau tak mahu ada masalah kat CIQ nanti =)

Have a fun journey!!!