Monday, December 2, 2013

Bajet bulanan: Some cool stuffs wife can do

Memandangkan banyak bil dah naik, tarif dah naik, ekonomi dah nak start jadi krisis, memanglah bajet bulanan perlu di ambil kira. Dulu-dulu memang penah buat, tapi hangat-hangat tahi itik jerr.. sehari dua awal bulan rajin la lagi. Pastu hampeh.. notebook untuk bajet asek lupe letak mana, renew buku baru pun sama jer.. Nampak sangat tak teratur.

Tapi sejak dua menjak hidup semakin susah melarat ni, bajet terpaksa saya tekankan. TERPAKSA YANG SANGAT BAGUS UNTUK EKONOMI RUMAHTANGGA!

Hari ni dok Google monthly baudget template, bagi senang nak manage. Mana tahu jumpa yang free printables yang kiut miut. Baru la bersemangat sikit kan? Kui kui kui. Dah beli dah diari yang ada bajet-bajet template tu, tapi cam tak cukup jer. Cam tak bes jer format diye.

Meh tengok kat website: The Uncluttered Lifestyle

Iesha ada bagi free printables template taw kat kite. Donlod and print. Senang!

Contoh yang dia bagi:


Simple kan? Nanti bind la beberapa, dan buat cam buku gitu. Namanya budget binder.


Jom jom jom jom buat!!!

Pregnancy: 13-14 minggu

Em, masa dari awal peknen, memang takleh jejakkan kaki ke dapur. Tak tau lah alergik kt bahan ape, tapi kalau pegi je mesti muntah. Seksa tau perasaan loya dan terus muntah ni...

Apa-apa yang nk amek kt dapur, mesti hubby yg kena tolong amekkan. Kat sini lah peranan hubby sangat 

Skarang ni dh start okey sikit, tapi dg syarat, tingkap dan pintu dapur mesti kena bukak, bagi pengudaraan baik punya sampai takde bau apa-apa, pastu perut kena separa penuh, takleh lapar langsung!

Lagi satu, sejak deria bau jadi makin sensitip ni, memang bau softlan or downy memang la menusuk hidung sampai ke tekak skali. Memang loya! Tak ke pelik tu, apekehall wangi kemain boleh jadi muntah. Memang la org kata peknen ni jadi terbalik. Skarang ni terpaksa tukar sabun yang takde bau wangi T_T

 Tips tnak bagi muntah atau kurangkan loya masa mengandung:

1. Jangan biar perot kosong
2. Sentiasa ada bekal biskut dalam beg
3. Ada cekelat angin dalam beg


Hehe.. tu jerr tips yang saya tahu....

Saturday, November 30, 2013

Pregnant : 12 weeks

Kembali menulis kat belog dah bersawang ni.. ada nampak spider web x tadi mase mula-mula masuk belog aku? Tehehe.. Baru je nak bersihkan ni haa..

Well, i'm gonna start to update with my pregancy.

Tanda-tanda luar biasa dari hari-hari biasa:

1. Tekak rasa loya je manjang-asal masuk dapur, nampak bawang ke, sayur ke, terus tekak ras geli. Ni aku inagine dapur aku pun tekak terus rasa loya. Melampau kan?

2. Sensitip pada bau- bau softlan/downy memang xleh.. Nak basuh baju tu memang kena bukak semua tingkap pastu hidung tutup dengan baju. Terseksa kau

3.Cepat lapar tapi cepat kenyang-kalau lapar mesti muntah

4.Takleh makan certain food cam nasi, sayur, ayam,seafood dll- hari-hari makan biskut Jacobs, susu coklat,roti

5. Kalau makan buah, mesti perut berangin pastu muntah

6. Selera makan memang kurang

Pastu walaupun tahu yang diri mungkin peknen, memang pegi cek lambat la.. dalam 3 bulan baru try scan. Nampak kantung baby. Pastu Dr cakap, tahniah sebab dah 10 minggu! Perasaan, syukur sebab boleh mengandung dengan mudah. Alhamdulillah


Supplement tambahan yang aku ambik skarang ni:

1. Vitamin C plus Shaklee
2. Vitamin B complex Shaklee
3. Osteomatrix
4. ESP
5. Neurogain
6.Air zam zam
7. Asid Folik- tapi dah start makan asid folik 3 months early lagi..

Amalan harian lepas mengandung:

1. Selalu doa '' Ya Allah, kuatkan kandunganku, agar mudah untuk aku mencari rezeki" 

Sunday, February 17, 2013

Mula membaca buku Adam Khoo

FYI, saya baru je kenal sape Adam Khoo ni.Citernya cengginih , jeng jeng jeng.. Semalam pegi jejalan kat MPH, and as usual, sebagai ulat buku yang separa tegar dan rapuh imannya, saya sevey-sevey la buku yang menarik kat pasaran. Oh well, ada macam-macam buku yang menarik-tertarik-kau-memang-debab. Tapi kan, buku ni sangatlah menarik tajuknya, Secrets of building multi-million dollar business, hasil tulisan Adam Khoo. 



Who is Adam Khoo?

Adam Khoo Yean Ann is a Singaporean entrepreneur, national best-selling author and trainer. A self-made millionaire by the age of 26, he is one of the youngest millionaires in Singapore, and owns and ... (Wikipedia)

Sangat menarik dan bersahaja okay, memang tak bosan coz cara penulisannya macam Adam ni bercakap ngan kite pulak eh.. 100% money back guarantee ! Ececeh, aku kah yang penerbit buku ni  siap berani bagi money back guarantee.  Harga : RM 49.90 . Worth every penny.


Monday, October 15, 2012

Kisah benar: Sebelum vs Selepas kahwin

Ini cerite benar. Tak copy dari mana2 pon yea...i gelak besar time dengar opismate bercerita. Opismate tu dah kawen 10 tahun, so sekarang ni dah anak 5, umur lebih kurang 38 tahun.

Sebelum kahwin

Call pakwe (hubby sekarang) : Abang. abg dah makan ke belum...
Pakwe (hubby sekarang) : Belum,abg tunggu syg la...syg tak makan, abg pun x makan...

Selepas kahwin:

Call Hubby :  Abang, abg dah makan ke belum...
Hubby : aih, tepon nak tanya makan ke belum je?baik x payah tepon,membazir  kdit jek...

Mrs wifey, macam mana korang pulak? ^_^



Saturday, October 13, 2012

Rahsia pengurusan kewangan : 6 jars of money

Salam brides to be and mrs wifey,

Have you ever think about your financial management? Saya sentiasa cari jalan terbaik untuk pengurusan kewanganni.Bukan apa, org selalu kata, fail to plan is plan to fail (erk, ye ke mcm ni ayat dia.Haku dah lupe..).Lately, saya sentiasa mencari info tentang money management dan hartanah.Yes, walaupun kita belum kahwin, atau baru je kawen, jangan letak totally financial management tu kat hubby kita.Tawu?

Let's say, kalau ada kesusahan yang tak di jangka macam penceraian atau accident (common but na'uzubillah la kan) , kan ke susah kalau takde backup money.So, here's a guide for financial planning for women (also for men) :

6 jars of money :

  1. Financial Freedom Account (10%) - (untuk investment.No ATM pls)
  2. Long Term Savings and Spending (10%) - (kereta Toyota Sportage baru   etc)
  3. Education (10%) - (kursus masakan, beli e book hartanah , personal developement)
  4. Play (10%) - ( utk manjakan diri lepas penat keje ; Spa, Movie dll )
  5. Give (5% – 10%) - (Sedekah, Zakat dll )
  6. Necessity (50% – 55%) - (perbelanjaan harian)

You HAVE do it every single month without fail!!

Owh itu sangat susah sebab i'm a shophaholic lady!  
Jangan risau ladies, ini adalah penyelesaian terbaik.

Okay-okay.Katakanlah :

Gaji bulanan = RM 2500
Hubby bagi = RM 300
Ketepikan sikit amount untuk 6 jars of money = RM 100
(Namun lebih baik % itu dari jumlah pendapatan bulanan anda)


  1. Financial Freedom Account (RM 10)
  2. Long Term Savings and Spending (RM 10)
  3. Education (RM 10)
  4. Play (RM 10)
  5. Give (RM 5)
  6. Neccessity (RM 55)
Tadaaa! Tak semestinya banyak kan? Tapi, lagi banyak yang kita simpan, lagi bagus untuk masa depan =)

Tuesday, August 28, 2012

Tips rumahtangga 1 : Beli rumah

Saya banyak kali terfikir,alangkah rugi saya tak beli rumah lebih awal.Seperti yang kita sedia maklum, hartanah di Malaysia ni makin meningkat, kecuali berlakunya kegawatan ekonomi atau bubble burst.
Saya mencadangkan agar newly wedd couple kumpul aset, atau buat perancangan untuk beli aset lebih awal.

Saya sendiri baru berkahwin hampir setahun, tapi baru je terfikir untuk beli rumah.Tapi, fikirla dulu tujuan apa beli rumah, samaada untuk duduk sendiri atau bagi sewa.Sebab bajet mungkin berbeza.

Aapa gunanya kalau beli aset dengan negative cashflow, di mana sis semua bagi sewa dengan harga lebih rendah dari bayar kat bank? Melainkan rumah tersebut untuk diduduki sendiri =)

Fikirkanlah..