Thursday, February 24, 2011

Bajet doorgift

Help me dear b2b/mrs.wifey!!Tak tau nak bajet brape hengget utk doorgift.Yela,nak bagi paperbag/bag yg comel2 kang,kene buang kat tepi jalan gak pas diorg amek gifts kat dalam tu (sedey jek..uhukk).So,ingat nak bagi yang murah,tapi cun (ada ker?demand tol ko ni...)

Dalam perancangan,nak letak ni:

1.Yaasin (source pic) RM1.00 kot?

2.Gula-gula (image source) 30 sen kot?

3.Kuih deram (source x pasti) 40 sen kot?

 4.Paper bag (image source) 30 sen dapat x?


Cukup x guys???Ke kedekut sangat eh?Nak bagi bunga telur,macam bazir jek,sbb telur org dh x makan sgt skang.Banyak kolestrol (alasan malas nak rebus telur.haha).

Total :RM2.00 (berangan je ko eh,ntah2 harga x dapat mcm yg dibajet =p)

Wednesday, February 23, 2011

Mahligat Cinta


Dear B2B yang gojes,jom pakat2 tgk show Mahligai Cinta kt TV3,hari Khamis pukul 11.30 a.m to 12.00 noon.Leh dapat idea yang santek2 dari show tu.Ni apa yg i tgk hari ni:

Mahligai Cinta 24/2/2011

1.Diorg guna orchid as centerpiece (klik sini untuk DIY centerpiece)
2.Veil yang direka oleh Iszal Ismail from Butik Citra (if x silap la)sangat la cantik!!!

Anyway,sharing is sexy kn?

For B2B:sila tempah awal!

 Guardian of the ring =p (cute isn't it?)

Nak book apa yang awal?Check it out:

1.Butik/Wedding planner
2.Tukang make up/MUA
3.Catering
4.Photographer

At least,6 month early.Why?Sebab aku sgt tekejut,bila sevey harga & tempahan,dah hampir penuh untuk 6 bulan berikutnya.Mula2 x caye,tapi bila jadi kt diri sdiri,baru caya....  T_T

At last,sumer dapat i book.Aha!!

Nikmatnya kuih pau


(OFF WEDDING TOPIC JAP)

Apa kaitan post aku dengan kuih pau?Bukan mcm citer pau Milah okeh.Gini kesahnye...malam tadi aku nak travel dari selatan tanah air ke timur semenanjung Malaysia.Tup-tup masa kt stesen bas,baru perasan,duit dalam purse ada RM2 SAHAJA!!!!

Hujan sangat lah lebat,ATM machine agak jauh terasa sbb dalam keadaan hujan yg lebat & kene bawak 2 buah beg yang agak berat berisi barang berharga (laptop & my nikon DSLR).Nak tinggal beg & jalan pi ATM,op coz aku x sanggup (ilang,nanges aku).Perut dah nyanyi macam-macam lagu,mintak makanan.

Apa aku nak buat dengan duit sebanyak RM2 jek???Naseb baik tadi ada bawak bekal air kosong.Dapat jugak aku minum air.Gaji punya la beribu,sampai satu ketika,aku hanya ada RM2 je??OMG....

Pale otak tengah pening sbb aku memang xleh kena ujan.Harga panadol 2 biji ntah brape skarang.Aku decide nak beli panadol 2 biji.Walaupun lapar,tapi pening kepala mesti dilegakan dulu.Seb bek,50 sen je untuk 2 biji,sebab aku bajet RM1 untuk 2 biji.

Dengan baju yang hampir lencun,aku jalan cari makanan yang berharga RM1.50.Kebanyakan gerai dah tutup,sbb hujan lebat.YEAH!! ternampak kuih pau!RM1.20 seketul.Terus beli.

Alhamdullillah,sedap betul pau tu,dengan perut yang lapar,dengan duit 30 sen je dalam purse,aku naik atas bas (tiket bas dah beli awal2).Tawakkal pada Allah,harap2 takde benda yang jadik otw alek kg....

Baru aku taw betapa nikmatnya dapat makan kuih pau .Nikmat terasa pas merasa susahnya idup takde duit..
Penah tak korang rasa saat2 kritikal macam ni?Penah tak??

The princess & The frog

                                            Pic taken from here

Movie yang sangat sweeeeeeet!!(Kan dah lama kuar cita ni,baru nak kecoh ke?adess..).Owh,gaun princess tu macam kaler tema yang saya nak!Baby blue & white.Boleh jadi kaler tema jugak ni.Tiap-tiap kali tengok kaler santek,tiap2 kali tu la nak tukar theme wedding..cane tu?

Tiffany blue & White
~Macam theme tunang Umi Aida.Hmm,best jugak kaler ni.Jom layann pic..

Image from here

Image taken from here

Ada jugak yg dah amek idea pelamin umi ni,tapi tukar kaler len macam kat bawah ni:

Image credit to http://rasnadiya.blogspot.com/


Tengah sevey lagi ni,pelamin jenis mana aku nak.Yang penting,combination kaler yang tak serabot,nampak sweet & menyerlah.

Monday, February 21, 2011

DIY:hantaran


yes,kitorang buat sendirik hantaran ni.cantik jugak kn,walopun x upah orang (perasan,cehh..).Well,all the chocs tu kami beli kat Sogo.Masa tu Chinese New Year Sale.So banyak sangat fancy chocs dengan pelbagai bentuk yg chumel dan menarik.Harga pun x la mahal sangat.Satu kotak below RM20.If x silap,satu kotak choc yang bentuk love & coin tu,RM8.99 each.Tapi sangat cantik & menarik untuk di jadikan hantaran.

Benda rambu ramba macam mihun tu ada di jual di kedai pengantin.Haa,tu pun pas sevey kat Majalah Pengantin,dapat la idea nk letak benda alah mihun tu.Hias la ikut kreativiti sendiri yea?

Tips:
1.If :nak bagi nampak sweet,gunakan kaler pastel  untuk bunga.
2.Nak nampak cantik,leh guna fresh flowers.Tapi if nak jimat,korang leh je guna bunga plastik.Tapi,jangan  ler beli bunga plastik yang nampak sangat bunga tu cikai walopun korang nak jimat..
3.If nak DIY hantaran,banyakkan tgk contoh kat wedding blog or majalah.Kalo kreatip,leh la reka sendirik
4.If nak guna chocs,cari je chocs yang bentuk lain dari lain.Baru la hantaran tu nampak diferent dari biasa

Saturday, February 19, 2011

Review:cincin pertunangan

 Our symbol of love 
(gambar tu di capture & edited by my self okeh.Sapa nak upah aku,boleh!Hahaha)

Kenapa nak review?Coz  nak share betapa jauhnya aku berjalan mencari 2 perfect ring pada mata kitorang.

1.Emas Sri Pinang (Semua House)

~Jurujual sangat la peramah.Baik laki mahupun pompuan.Boleh amek gambar jika mahu
~Emas 916 hanya untuk cincin belah rotan je.Yang ada ukiran/batu,guna emas 18 carat (75% emas) if tak silap
~Cincin lelaki sangat banyak design,material ialah palladium cuma batunya ialah zirkon,bukan diamond

2.Tomei (Mid valley)

~Jurujual yang laki sangatla mesra
~Penerangan yang amat puas hati
~Masa tu,xde design yang kitorang berkenan,sbb limited design.
~Ada cincin palladium jugak untuk laki

3.Poh Kong (Mid Valley)
~Jurujual laki tu sangatla annoying.Macam la kitorang ni xde duit..muka kerek je
~Teros blah sebab dia buat layan tak layan.Rasanya aku dah pakai ala-ala chomeyl tapi elegan hari tu..
~Design pun lebih kurang sama dengan tempat lain,harga sedikit mahal compare to kedai lain yang kat tingkat atas (beza dalam RM100 jugak)

4.Wah Chan (Mid Valley)
~Dapat jurujual yang bes,Daniel namanya.Melayan karenah kitorang dengan penuh sabar.Ayat yang dia guna pun bes.Fasih bahasa melayu.
~Design sangat menarik dan up to date,dengan harga yang berpatutan.Kebetulan plak hari tu ada 70% discount

5.Habib (Mid valley & Semua House)
~Kebetulan ada 20% discount.Tapi still mahal jugak la bagi kitorang,sebab design untuk bajet kitorang,agak biasa.
~Jurujual pun x ramah sangat.Pandang kitorang macam xda duit je.Hello,kitorang ni mr.engineer vs ms dentist taw!

Tips before beli:

1.Tetapkan bajet supaya bajet x lari jauh.Lagipun,senang,kat kedai diorg akan tanya apa range bajet kita before jurujual tu tunjukkan design yang ada
2.Jangan malu.Buat muka tebal dan masuk dengan bergaya dan konfiden macam korang bawak 1 juta dalam tangan
3.Tanya secara terperinci jenis material yang ada dan jenis batu.Kalo tak,akan ada kes tipah tertipu
4.Kalau ada yang berkenan,tapi nak sevey tempat lain dulu,tulis serial no cincin tu dengan harga sekali
5.Cuba bargain untuk harga yang lebih murah.Boleh bargain,kitorang dah buat...banyak beza taw!
6.Sila pakai flat sandle/snickers/kasut yang selesa semasa 'menyevey' cincin.Kalau tak,mesti korang rasa nak tanggalkan kaki,dan bejalan dengan lutut (tu pun kalau boley la kan..)

p/s:Good luck!Perfect ring will make you happy.Trust me

Friday, February 18, 2011

wohaaaa!sangat excited!

Sangat excited sbb baru je buat blog as a bride to be.Selamat berkenalan kawan2!

Info:
~kami baru je decide untuk tunang-tunangan dec 2010
~our e day dah lepas pun: 4/2/2011 (uhu,tarikh x lawa cam org len sbb ikut keavailablelan cuti kitowrang)
~enjoy our pic as below (x guna OP pn sbb x sempat nak cari,dh cari tp full sbb last minute plan):

Gubahan oleh family sendiri,okeh...sweet purple & pink.Bunga telur je lari tema sket..

Engagement ring from Wah Chan.White gold + diamond.Kaki lenguh berjalan x sape yg tahuu.Sebab sumer kedai emas yang ada kat Mid Valley aku masuk.Dah la setiap kedai mas tu,masuk 2-3 kali pada hari yang sama.Buat muka tebal T_T

p/s:Ada masa,i'll continue review ni =p.Kesimpulan: Jangan gatal-gatal decide nak engaged last minute kalau nak e day yang perfect+sangat cantik sampai sebulan orang asek cerita pasal e day kau..